Unit Bahasa, Jabatan Pengajian Melayu & Bahasa, Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang yang diketuai Pn. Felicita Yii dan En. Jude Tan (Pensyarah TESL), telah berjaya melestarikan Program Pembangunan Insaniah Pelajar di Sarawak Society For the Blind Sibu Division Branch & Sibu Benevolent Society Nursing Home pada 20 Januari 2023. Seramai 26 orang siswa pendidik PISMP TESL Ambilan Jun 2021/Mei 2025 telah terlibat untuk menjayakan program tersebut. Selain melakukan kerja-kerja amal, rombongan dari IPGK Rajang turut menyampaikan sumbangan ikhlas sempena sambutan Tahun Baharu Cina.